ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Sabtu, 13 Jun 2009

Ulasan Kenduri Asrul

5.30 pg
Aku bangun pagi, pergh awal giler bangun arie nie. selalunya pukul 6.00 baru bangun. Maklumlah ada org nak mai ambik kul 6.oopg

7.30 pg
Lock heng aka ilham datang ambil aku kat flat taman u. Janji kul 6pg, sekali datang 7.30pg. Kalau plan awal 5.00pg. Sekali dalam kul 0.00pg aku dapat sms dari lock heng ditunda 6 pg. Hangin satu satu badan(petik kata-kata ustaz). Aku tidur sekejap jer malam tue. Maklumlah takut tak bangun pagi esk mau mengamuk si lock heng kat aku.
7.45 pg
Aku, ibnu rusyd dan lock heng pun bertolak la ke kuala lumpur. Duk dalam kete tue biasa la mengumpat, bersembang dan tgk GPS. Lock heng baru beli GPS, maklumlah org selalu travel. Kalau xder GPS susah nak cari jalan. Lock heng pun setting la GPS tue tuk cari jalan p umah safuan kering. Aku pun keluarkan la handset aku yg ada GPS tue... haha.. tp tak guna pun signal dia hampeh. Sedang asyik2 duk set GPS tue, tiba-tiba aku ternampak myvi biru kat simpang kat pulai perdana. Rasa macm kenal jer myvi biru tue, haha..aku main tibai ja kata kat lock heng yang tue kete dila. Nasib bek betui, lock heng pun hon la kete dila. Mula2 dila mcm xperasan jer lock heng... bila sampai kat tepi baru dila perasan kami. Jadi kami tunggu dila p ambik hadiah kat umah dia tuk bagi kat ghana. Kita org pun tunggu la.

lebih kurang camni la GPS lock Heng


8.30pg
Pastu gerak gi umah sapuan kering, Jauh giler umah sapuan kering. Lock Heng kata kalau mcm nie sapuan kering kena charge lebih la duit minya. Nyer la umah dia jauh. Aku setuju jer, hehehe. Menurut GPS lock heng tue umah sapuan lebih kurang 30 km la. Lepas fetch sapuan kami pi rembat roti canai. Macm besa la aku mesti makan lebih daripada depa. Biasa la aku yg paling besar walaupun hakikatnya aku adik. Hanya aku rusyidi, dan lock heng jer makan, sapuan xmakan minum jer. Boleh tahan roti canai dier sedap juga. Nie bukan roti canai mamak, real melayu punya.

9.00pg
Kita orang gerak pi umah member aku dulu kenduri(Fauzul Azeem). Kenduri member aku tue kat putra jaya. Aku hanya tunjuk muka ja kat kenduri tue yang katakan aku datang kenduri dia.
Aku mengantuk gila, tak tahan aku. Macam besa, lock heng berhenti kat petronas untuk tranfers duit kat kak dia. Jadi aku ambil kesempatan tuk beli Ali Cafe. Mana tau pas nie aku leh jadi jutawan ka. SApa tau kan, bak kata pepatah "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia sapa tau?".




11.00pg
Pastu kita orang meneruskan perjalanan. Sebelum gerak tadi radio lock heng plak meragam. Entah sebb apa pun tak tau. Nak dijadikan sebb, pasang jer radio IKIM.FM terus hang radio tue hahaha. Sebelum nie pasang radio lain, ok ja xder maslah. Maka hilang la hiburan dalam kete tue. Buat jadi bosan sementara, aku pun buka la ali cafe tue, kot2 la aku menang rantai emas ka..hahaha tapi hampa belaka. Aku minum benda tue xnak ngantuk jer, yer la lock heng drive nanti mental lemah plak lock heng tgk aku tidur haha. Takut dia join sekali jer tidur, Jadi aku berjaga la. Tadi aku dah membuta dah sikit, hehehe. Kira org duk buat hipothesis sendiri kenapa radio tue rosak, antara nya "mungkin sebab radio tue ada pelekat panasonic kot, sebb tue radio rosak" jadi cabut la pelekat panasonic kat radio tue dan tampal kat GPS lock heng plak.

12.00pg
Oleh kerana terlampau bosan yer la xder hiburan, lock pasang on kan speaker GPS dia tue. Bagi ada hiburan sikit, GPS tue hanya tau nyanyi mcm nie jer "Belok kanan","Belok Kiri", Depan Ada Simpang" dan seangkatan dengannya. Ok la daripada xder hiburan lansung kira terhibur la la juga.

2.00ptg
Kami pun sampai la kat umah member aku kat putrajaya. Kat sana kami tunggu en. Hakim ngan en. Mahadir untuk terus ke umah ghana. Sebelum tue aku pun masuk la kenduri umah member aku tue. Hakim dah sampai awal lagi. Aku tak makan pun just tunjuk muka ja. Kalau makan rugi la nanti, takut umah ghana aku dah kenyang hehehe. Pastue kita orang tunggu kedatangan mahadir. Lepas semua dah sampai, kitaorg pun nak gerak la ke umah ghana. Akim ngan mahadir xtau umah ghana. Kita org pun bagi cadangan la untuk guna GPS lock heng yang baru beli tue. Dengan penuh kenyakinan, semua pun bersetuju untuk ikut GPS lock heng, means akim ngan mahadir ikut kat belakang kami. Ikut punya ikut, kami melalui perumahan flat. Jalan yg di lalui menjadi semakin kurang menyakinkan. Keluar ja dari simpang tue, hakim cam copuse ja. tue jalan tue. Tapi kitaorg yakinkan yang itu jalan pi umah ghaba. Selepas 5 minit, ragau2 mula timbul Adakah itu jalan kerumah GAHAN? kalau mengikut tunjuk arah GPS itula jalan ke rumah ghana. Kenyakinan semakin goyang . Jalan punya jalan tiba-tiba jalan tue mengecil dimana hanya motor sahaja boleh lalu. Dihalang oleh dua konkrit. Pendek kata jalan mati.


3.00ptg
Semua pakat gelak, yer la ingatkan bawa pi umah asrul sekali bawa p jalan mati. Mcm alasan untuk utk cover GPS tue antaranya peta dia tak update. Boleh la diterima sebagai alasan. Jadi supaya hati xpanas, lock heng pun meng'off'kan GPS dia. Mahadir ngan Hakim plak yang lead kita org untuk ke rumah ghana. Sampai ja kat lebuhraya puchong kot, baru on balik GPS. Dan set balik ke destination rumah ghana. Alhamdulilah kita org selamat sampai ke tempat persandingan ghana. Apa lagi, aku pun rembat jer makanan yg terhidang maklumlah perut nie dah lapar sangat.

Syah ngan Rusyidi membuta ketika ambil gambar, maybe x cukup tidur kot..

Dari kiri: Rusyidi, Mujib, Safuan Kering, Akim, Aku, lock heng, syah, fadhrul, Wahid(wakil wanita), Mahadir dan pengantin Ghana

Boleh buat halangan monkeyrat bagi sapa yang bosan menunggu pengantin tiba.

4.00ptg
Lepas bersembang-sembang, kita org pun bergerak balik. Mcm besa la khimad GPS lock heng digunakan untuk untuk mencari jalan balik. Dalam perjalanan balik tue aku rembat dua tin tongkat ali. Yer la sapuan ngan rusyidi(yang hampir nak membuta) nanti aku juga membuta susah la lock heng. Takut lock heng ikut sama membuta. Alhamdulilah perjalanan pada arie tue berjalan lancar.

p/s: thanks asrul, memang sedap la die nyer lauk dan nasi. Kau mcm nak tambah lagi jer, tapi segan la bak kata pepatah "segan-segan tapi mahu". Lock heng update la GPS hang, nanti sesat lagi, banyak lagi nak citer. Tapi dah malas dah. Faizul sory la xdapat g kenduri ko, last minit depa cancel jadi xdapatla aku p umah hang. Kalau ada unsur ranjau dalam nie sory la...hehehe..masa tue aku men tibai jer sebb tak tau masa sebenar. Kepada yang dah kawin tue tahniah yer. semuga kalian bahagia.

Sekian,

7517891
Mohd Rozaini Abd Rahim



3 ulasan:

akimsensei berkata...

mantap la kerk.. haha..

akimsensei berkata...

yg halangan monkey rack tu, macam menarik.. long time da xbuat.. hahah.

Asrul berkata...

Thanks bros...u r the man....