ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Ahad, 21 Jun 2009

Pentauliahan Di UTM 2009

Nak ulas aper erk? Aku pun xtau. Tp xnak nak menghampakan akim aku ulas la.

06.30pg:
Aku pun bangun la, bersiap-siap nak pergi sana. Selepas solat subuh, relax2 jap pastu tepat pukul 7.00pg aku gerak ke tempat pentauliahan mengunakan motor kesayangan aku. Bertolak ke lab telekom dahulu untuk ambil camera. Aku telefon abe, dia pun baru nak gerak. Jadi aku ambil keputusan untuk gerak dahulu. Aku pun pergi ketempat tauliah, pergh semua jalan tutup, nak pergi KTC pun susah. Nasib baik la aku dapat juga parking motor aku dekat dengan pejabat KTC. Abg pakguard tue tahan tak bagi aku masuk, tapi dia tengok aku camera dan dia tanya "juru kamera ker?" aku pun hangguk jer la. Jadi dia benarkan aku masuk. Nasib baik la aku berpakaian ala-ala juru kamera sikit. Kemeja ngan seluar slaq dan kasut no.3.

7:30pg
Aku pun berjalan dari pejabat KTC ke padang kawad UTM. Aku sampai jer, mereka dah nak masuk padang. Alhamdulilah aku sampai tepat pada waktunya. Sempat la ambik video sikit. Nanti kalau sempat aku attach sekali ngan video. menjadi jurukamera dan juruvideo dalam satu masa agak susah dengan pengalaman yang boleh dikatakan tiada langsung. Sempat la sapa Lt Muda Fadilah Miss. Aku nak kena cari satu port yang bagus untuk ambil video untuk tatapan korang semua supaya dapat mengenang kisah-kisah kita dulu. Aku nak kena edit dulu video tue baru boleh bagi kat korang semua. Tanpa aku sedari aku tertinggal handset kat lab. Maksudnya aku keseorangan la kat sini tidak boleh nak telefon orang lain. Tak boleh nak bgtau tamrin,abe,rusaimi and bari. Tak per la apa boleh buat nasib badan, terpaksala aku keseorangan dalam mengambil video dan gambar. Boleh tahan juga tengok banner kat padang kawad, cantik.

Banner kat padang kawad
8.00pg:
Tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan bahawa Tengku Mahkota lewat dalam sejam. Terpaksalah menunggu pukul 9.00pg untuk ketibaan tengku mahkota johor. Aku ambil side sebelah kiri padang kawad sebab palapes utm ada sebelah kiri padang kawad. Aku pun melintas la pentas DiRaja untuk ke side sebelah kiri. Tiba-tiba aku ternampak seorang berpangkat letenan kolonel, aku macam kenal jer. Tapi buat apa dia disini, dia ialah Mejar Nazri(dulu) ketua jurulatih palapes UTM. Dia hanya sempat masa aku waktu senior, pastu dia berpindah sebelum digantikan dengan Mejar Suhaimi. Sempat la juga aku snap dua tiga keping gambar dia bersama ketua jurulatih UTM sekarang.


Bersama-sama pegawai staf UTM dan jurulatih UTM


Aku pun jumpa la port yang sesuai, ramai juga la ibu bapa yang datang melihat anak-anak mereka di tauliahkan. Kat situ la aku lepak dari awal sampai nyer tamat pentauliahan.





Abe, Bari dan Rusaimi yang sempat hadir pada Hari pentauliahan


Aku xleh nak bergambar sekali, biasalah jurukamera, nie lah tugas dia, asyik tangkap gambar orang jer. Gambar sendiri tak nak tangkap.


Ni salah seorang anggota yang pengsan semasa perbarisan, barisan pertama dan dihadapan sekali.Atas sebab keselamatan gambar nie aku cut sikit bagi xnampak muka dia dan dari ipt mana.


Cuba cari mana orang yang tumbang? ada kat sebelah kadet2 tue. Barisan kedua kalau xsilap aku. Yang ada putih2 kat kaki tue. Cuba tengok betul-betul. Menurut bari, dalam 10 orang jatuh.


Tue salah seorang best kadet yang aku sempat tangkap. Aku taktau la hadiah apa dalam tue. Tapi kalau batch kita dulu besaur dapat pedang.


Dalam aku duk tangkap gambar tue, aku rasa mcm kenal jer muka dia nie. Macam familiar, nak kata najib ada adik. Setahu aku najib xder adik. Hehe, muka iras2 macam najib.


Hakim, aku tak sangka hang tipu aku. Berapa kali langsung hang nak tauliah. Rupa2nya hang datang tauliah. Sebab tue la hang kata hang keje. Rupanya ko sekali masuk baris. Hampeh tul hakim. Cuba cari mana hakim...


Nie lah bakal pegawai kadet dari Universiti Teknlologi Malaysia


Pandangan Keseluruhan Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA 2009

Aku rasa setakat inilah ulasan aku tuk kali ini. hadiah staf rosmi and the geng tak sempat lagi aku nak bagi. Maklumlah staf semua sebuk mengendalikan tauliah. AKu ingat staf rosmi masuk baris, rupanya aku silap staf azmi yang masuk baris. Kat bawah nie gambar gambar hadiah untuk staf rosmi, staf amir and staf awang.




kepada sesiapa yang masukkan duit selepas pukul 7:00ptg arie jumaat tue, aku akan sedekahkan duit korang kat masjid. Ker ataupun korg nak bg kat aku hehehehe..InsyALLAH aku sedekah kat mesjid UTM.

sekian,

7517891

p/s: Nak tengok lebih gambar? klik here

9 ulasan:

akimsensei berkata...

mantap gila kerk ulasan hg.. 5star weh.. siap ada qarin aku ng najib tu xtahan.. pecah perut weh, muahahaha.. memang nk kene blasah la qarin aku tuh menyerupai muka aku.. haha.. btw, tahniah kerk, good job and effort, xternilai.. mantopppp..

A.M.Y berkata...

HAng la wakil kami kerk.Thank bebanyak dapat kongsikan peristiwa bersejarah kat UTM ni..Good Job!!

kapten berkata...

weh kem...video nak aku upload kat mana? buat la account palapes satu kat youtube.. ataupun nanti aku bg link korg g download kat sana ok?

akimsensei berkata...

hg bagi link ja la.. hg kan lg mantap psl video2 upload pemende ni..

akimsensei berkata...

awat budak2 utm mcm xramai ja? berapa orang yg tauliah weh?

faaizah berkata...

tahniah kerk..sian hg..usung cam sorg2..p tggl hs pasai apa..kalo x dh ble kmpul rmai2..

PemerhatiMuda berkata...

kurk..hang turun brape kilo time tauliah hr tu hehe..bgus untuk kesihatan tu kerk..caya la kerk..

kerkhensem berkata...

haha..xturun pun...penat jer turun..badan maintain....

akimsensei berkata...

xpa.. lama2 turun la tu.. turun 10.. haha..