ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Selasa, 29 Disember 2009

Wedding Najib & Nordiana 27Dec09 | Kluang


























Hakim and All..AKu just upload picca masa wedding Najib..Perhaps Hakim akan huraikan coretannya..juga kalau boleh susun balik ikut urutan..ye..Terima Kasih..73.

Isnin, 14 Disember 2009

Jemputan Kenduri Kahwin dari Najib Sebardi di Pasir Gudang (26/12 - Sblh Perempuan) dan di Kluang (27/12 - Sblh Lelaki)

Rumah Pengantin Perempuan


Rumah Pengantin Lelaki
Download kad kat SINI

Dear all skot2 sedia,

Saya menerima jemputan dari Cikgu Najib Sebardi, untuk menjemput ke majlis perkahwinan beliau di Kluang, Johor pada 27/12/09 iaitu bersamaan dengan hari kahwin Besau jugak. So, alang2 nak gi Melaka tu, terjah skali la Kluang.

Walimatul Urus

En. Sebardi Bin Yahya & Pn Hawa @ Enon Binti Madon

Dengan penuh rasa syukur ke hardat Allah S.W.T, kami mempersilakan

Dato’/Datin/Tuan/Puan/Suami/Isteri/Encik/Cik

............................................................................................................

& seisi keluarga ke Majlis Perkahwinan Putera Kesayangan kami

Mohd Najib Bin Sebardi dengan Siti Nordia Binti Rusli

Pada hari AHAD, 27 Disember 2009 bersamaan 10 Muharram 1431 H

Di alamat : No 1116, Jalan Limau Bali, Felda Kahang Barat, 86000 Kluang Johor

Semoga dengan kehadiran dan doa restu para tetamu akan menyerikan lagi majlis

kami serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.


Turut Mengundang :

Seisi Keluarga

Nizam & Aeny

Norli & Zul

Adam & Gee

Mohd Naim

No Tel :

019-7114219

019-7251719

012-7686278

Aturcara Majlis

Jamuan Makan

11.00 Pagi – 5.00 Petang

Majlis Bersanding

2.00 Petang




Skudai ke Kluang (+-70km)

Kluang ke Selandar (+-120km)

Selandar ke KL (+-120km)

Khamis, 10 Disember 2009

Kenduri Besau + Nor 17/12 Ganu 27/12 Melaka

Salam semua..
Skot2 sedia..
Dok senang..
Dok sedia..
Dok senang..

Saya mendapat wakil dari Besau & Noraini untuk menjemput skot2 semua ke majlis bahagia diorang. Detail Adalah seperti berikut:

Sebelah Noraini:
Tarikh Kenduri: 17/12/09 Khamis
Tempat: No.1 Felda Selasih, 22020 Jertih, Besut, Terengganu

Sebelah Besau:
Tarikh Kenduri: 27/12/09 Ahad
Tempat: No.52, Pekan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka

Jom terjah weh..
Peta lokasi xdak lagi, tengah mencari scanner nak scan kad nih.. sapa ada?

Jemputan Kenduri Kahwin dari Nizam di Setapak Ahad ni 13/12/09

Salam skot..

Kapten Nizam Sharifuddin menjemput semua skot untuk hadir ke majlis perkahwinan beliau. Detail adalah seperti berikut:

Hari: Ahad
Tarikh: 13/12/09
Tempat: 07-03-01 Rumah Pangsa 1A, Setapak Jaya, Setapak, 53300 KL
Pasangan: Noor Idayanti Binti Said (Asal dari Yan, Kedah)

Kad dan peta dah ada kat aku, jap lagi aku upload. MediaFire arini problem la pulak.

Isnin, 7 Disember 2009

Tahniah Cik Mam...

Salam....


Tempat Kejadian : Makmal perhubungan digit

aku terima sms daripada cik mam yang mengatakan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang bernama Muhammad Alif Ziqri. Alhamdulilah kita dapat lagi seorang anak buah lelaki. Tahniah aku ucapkan kepada Cik Mam...Kat bawah tue gamba cik mam kawen dan anaknya yang baru dilahirkan. Marilah kita doakan semoga anak-anak buah kita menjadi anak yang soleh ameen.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا

أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)




Akhir kata tahniah Cik Mam...Terima kasih atas offer hang. Nanti kalau duit aku dah cukup aku roger hang..hehehe.

sekian terima kasih

mohd rozaini abd rahim

Jemputan Kenduri Kahwin dari TUAN HADI pada 12/12/09 di Manir, Kuala Terengganu

download KAD KENDURI

Aku menerima wakil daripada skot kita, TUAN HADI yang telah selamat bernikah 29/11 aritu untuk menjemput semua skot ke majlis kenduri kahwin TUAN HADI di Manir, Kuala Terengganu pada 12/12/09. Skot2 Kelantan, Terengganu dan Pahang jangan lepaskan peluang ni untuk reunion yea.. Haha, yang penting skali, gambar jangan lupa upload kat sini. TQ.

Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam dihulur pembuka bicara, ukiran senyum tanda mesra

TUAN ISMAIL BIN TUAN DALAM

Dan

TUAN ROKIAH BINTI TUAN BAHARU

Serumpun kasih, seraut sayang, sekapur sirih kami

hulurkan di atas keredhaan Ilahi untuk mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

………………………………………..

seisi keluarga ke

Majlis Sambut Menantu Sempena Perkahwinan Putera kami:

Tuan Mohamad Hadi Bin Tuan Ismail

&

Siti Nurfatiha Binti Arifin

Pada hari:

Sabtu, 12hb Disember 2009 bersamaan

25 Zulhijjah 1430 Hijrah

Di kediaman kami beralamat:

No. 3504, Kg Kebor Besar, Manir,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

Semoga dengan kehadiran dan berkat doa hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendakNya. Terima Kasih.

Ahad, 6 Disember 2009

Perkahwinan Afzan dan Fitri

Salam....

Laporan untuk kenduri afzan

skot yang hadir: mujib &tunang, lock heng, kerk, rusyidi

Ini jerla gambar yang sempat aku ambil mengunnakan kamera aku yang paling mahal untuk tatapan korang yang xdapat hadir pada majlis tue...






Selasa, 24 November 2009

Sword Barrel

Assalamu'alaikum...

Hai skot semua. Ada permintaan dari sahabat kita berkenaan sword barrel ni. Fara memerlukan sesiapa yang berminat untuk menyertai upacara ini di Taiping. Maaf, saya tidak sempat bertanyakan maklumat tentang majlis perkahwinan tersebut dengan lebih terperinci. Cuma, setakat ini, hanya Aznan dan Ariff Nordin sahaja yang confirm being one of the swordman. Diharapkan, bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi Fara di 012-9274647.

Sekian.

Rabu, 11 November 2009

Takziah buat skot Langgak

Untuk pengetahuan skot2 semua, ayah Langgak telah kembali ke rahmatullah semalam akibat sakit jantung dan telah selamat dikebumikan siang tadi. Mohon semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan marilah sama2 kita doakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga kita sama2 lebih beringat bahawa mati itu adalah pasti dan sentiasa bermuhasabah diri.

Rabu, 4 November 2009

Jemputan Kenduri Kahwin dari Nor Afzan/Pijan 28/11 Kluang dan 5/12 Skudai

Salam Skot2 semua, semoga dinaungi kasih sayang Allah..

Jom kita terjah satu lagi rumah skot iaitu Nor Afzan/Pijan yang akan melangsungkan perkahwinannya minggu ini. Berikut adalah butirannya:

Sebelah Perempuan:

Sabtu, 28/11/09, 12pm-5pm, 2.30pm (bersanding)
No.1 Jalan Serai 1, Taman Sri Tengah, 86000 Kluang, Johor

Sebelah Lelaki:

Sabtu, 5/12/09, 12pm-5pm, 2.30pm (bersanding)
No.42 Jalan 1/2, Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Skudai, Johor

NAK DOWNLOAD KAD,l KLIK KAT SINI --> [DEPAN] [BELAKANG]
PENTING: SILA BETULKAN TARIKH KENDURI SEBELAH PEREMPUAN 28/11/09 PADA KAD TERSEBUT

Jom terjah.. Waiting for the next kenduri also, Nizam (17/12) dan Najib (26/12).. Nanti dah ada kad, aku upload sini okey..

Khamis, 22 Oktober 2009

Reunion Langkawi - Latest Status

ALREADY OVER.. BEST2, ADA SESIAPA NAK BUAT LAPORAN? HAHAH..

kekuatan..
total semua campur skot & famili & anak (including hang, husband hang, fatimah kedah) = 35orang..
anak = 4 orang..
so, kira yg dewasa = 31 orang..

untuk bilik..
exclude masliza, husband masliza, fatimahkedah
exclude asrul, wife asrul, adik asrul for the first night
bilik couple: 8
azmi&raja, langgak&anum, wahid&ridzuan, asrul&nurul, noyu&man&anak, ijan&wadi&anak, paktam&yati&anak, mas&anak&atim
bilik bujang lelaki including akim, adik akim, adik ghana (ada 12orang): sebilik 3orang @ sebilik 4orang
hairil, rusydi, lokheng, kerk, malik, wansatria, fairuz, rufaie, amdut, akim, adik akim, adik ghana

p/s:
1st night, bilik couple = 7
2nd night, bilik couple = 8

untuk bot..
exclude budak2 (anak2 skot)
exclude asrul, wife asrul (nurul), adik asrul
exclude masliza, husband masliza, fatimah kedah
tinggal la 25orang
azmi, raja, langgak, anum, wahid, ridzuan, noyu, man, ijan, wadi, paktam, yati, mazlina, atim, hairil, rusydi, lokheng, kerk, malik, wansatria, fairuz, rufaie, amdut, akim, adik akim

untuk bbq..
semua termasuk, so 31 orang (exclude budak2 anak2 skot)

untuk aktiviti kereta kabel
exclude asrul, wife asrul (nurul), adik asrul
exclude budak2 4orang
exclude fatimah kedah
so, tinggal 27 orang..

untuk aktiviti pulau..
exclude fatimah kedah
exclude budak2 4orang
so, tinggal 30 orang..

untuk sewa van..
3 van cukup kot, sebab kan exclude masliza, husband masliza, fatimah kedah.. so left 28 orang dan 4 orang baby.. ada yang boleh naik sekali dengan hang kot mas if xcukup..

Sumbangan ikhlas

Salam skot...

Maybe ada yang dah tau berita ni....tapi untuk sesape yang belum tau just nak bgtau yang LT MUDA AHMAD KAMAL (die ni palapes batch husband aku) telah di operate coz menghadapi masalah tulang belakang (slippery disk). berdasarkan emel yang hubby aku terima keadaan die boleh dikatakan teruk jugak la.coz die tokleh bangun terus....banyak jugak la kos untuk biaya bayaran pembedahan die....2 batang besi n 8 bijik screw telah ditanam ke dalam 4 tulang blkg die.2 tulang di atas tulang blkg die yg rosak n 2 tulang di bawah..harga 2 rod tu rm 1000 n screw tu sebijik rm 1000 so jumlah rm 9000.tu blm masuk kos operation lagi...lau tak salah aku jumlah bayaran die dalam rm 15000.batch diorang ade buat kutipan dana la utk die...nak bantu die mana yang patut...so mana la tau kot ade skod yang prihatin nak beri sumbangan boleh la lantik sesape antara skod kite untuk kumpul dana n beri sumbangan kat die......akceli ni je la berita yang aku tau..lau ade yang lebih tau boleh la update kat sini.....k sama2 la kite membantu k....

Gambar Sekitar Open House Abdul Malik Yacob (A.M.Y)

Pada 17/10 lepas, sempena Hari Raya Aidilfitri, aku telah membuat rumah terbuka kepada semua..Invitation untuk warga palapes telah pun di publish oleh Dila (Thanks). Antara yang hadir Hakim, Rufaie,Azmi...Gambar ni sekitar majlis rumah terbuka tersebut..InsyAllah next year ada lagi..so jemput la datang..boleh sembang2..Thanks

Wassalam


Depa 2 ni dok tunggu paie..tu yang tak mau makan lagi..


Makan dulu lah..paie kata pakai GPS..tapi still sesat..Hang pakai GPS brand apa tu paie...


Akhirnya,YB Rufaie sampai jua..Siap hakim g sambut..


Eh..sampai2 terus makan..ambik sate plak tu dulu..

Seorang lagi anak buah...


Salam skod...akceli aku nak khabarkan lagi satu berita gembira...salah seornag skod kite iaitu nuyu @ poches telah selamat melahirkan seorang baby perempuan pada 21/10/2009 jam 3.20ptg ....nama anaknye blm diilhamkan lagi...hehehe....nti aku update semula if die dah bagitau nama anak die...hehhehe...so sama2 la kite mendoakan kesihatan dan nuyu n babynye...huhuhu....

Isnin, 19 Oktober 2009

Tahniah Paktam

Salam...

Alhamdulilah isteri pak tam telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Naufal Amin b. Mohd Nazri. Kat atas tu gambar anak nya. Marilah kita doakan semoga anak paktam dan yang lain-lain menjadi anak yang soleh. Ameen. Selamat dilahirkan pada 17/10/09.

sekian,
mohd rozaini abd rahim

Isnin, 12 Oktober 2009

On Behalf Abdul Malik

Berikut adalah emel dari beliau. Saya menawarkan diri untuk post di blog kite ni. So, bagi yang dekat-dekat dan ada masa terluang, bolehlah reunion!

Assalamualaikum WBT and Good Day

Saya, Abdul Malik Yacob (AMY) dan Ayahanda and Bonda serta seisi keluarga ingin menjemput saudara-saudari ke Rumah Terbuka kami pada hari
Sabtu ini, 17 Oktober 2009 dialamat seperti dibawah :

No 3, Jalan Semenyih Mewah 3
Taman Semenyih Mewah,
Semenyih, Selangor.
Coordinate Lat :2°56'55"N Long: 101°49'48"E ( bagi sesiapa yang mempunyai Sistem GPS)

Peta : Sila search wikimapia : Taman Semenyih Mewah atau refer link : http://wikimapia.org/#lat=2.9486661&lon=101.8302262&z=17&l=0&m=a&v=2&search=taman%20semenyih%20mewah

Majlis tersebut akan dimulakan pada sebelah pagi dengan majlis makan-makan Main dishes – Nasi berlauk , makan-makan Sampingan – Sate Kajang , Makan-makan akhir – Kuih Muih .

Jikalau terdapat keraguan , kurang jelas boleh hubungi saya di no 012-7668985.

Sekian, terima kasih.

Abdul Malik Bin Yacob
Operation & Ground System Department
ASTRONAUTIC TECHNOLOGY (M) SDN.BHD

Sabtu, 26 September 2009

Walimatulurus Ferdaus @ Ustat2 4/10/09 Sg Bakap, P.Pinang

Salam semua skot.. Menerima wakil dari
Ferdaus menjemput kita semua untuk
hadir ke majlis perkahwinan beliau di
alamat:

1349 Kg Paya Kemian,
14200 Sg Jawi,
Sg Bakap,
Seberang Perai Selatan,
P.Pinang

Jangan lupa tau, ahad 4/10/09

Khamis, 24 September 2009

Kenduri Fatimah Kedah 22/9/09:Encik Aris & 9 Skot Turun Padang

Alhamdulillah, at last, dapat jugak aku terjah kenduri Fatimah Kedah Selasa lepas, 22/9/09. Thanks Kerk fetch aku kat SP. Encik Aris dan juga seramai 9 orang skot telah menerjah ke kenduri Fatimah Kedah ni; aku, Kerk, Langgak, Jijon, Dayat, Faizul Kedah, Faizah, Azura Kunyit dan jugak Ruzana. At last, berjaya jugak take picture with pengantin walaupun berpeluh jugak la menunggu pengantin nak mai. Haha, enjoy the pictures kat bawah ni.