ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Selasa, 29 Disember 2009

Wedding Najib & Nordiana 27Dec09 | Kluang


























Hakim and All..AKu just upload picca masa wedding Najib..Perhaps Hakim akan huraikan coretannya..juga kalau boleh susun balik ikut urutan..ye..Terima Kasih..73.

Isnin, 14 Disember 2009

Jemputan Kenduri Kahwin dari Najib Sebardi di Pasir Gudang (26/12 - Sblh Perempuan) dan di Kluang (27/12 - Sblh Lelaki)

Rumah Pengantin Perempuan


Rumah Pengantin Lelaki
Download kad kat SINI

Dear all skot2 sedia,

Saya menerima jemputan dari Cikgu Najib Sebardi, untuk menjemput ke majlis perkahwinan beliau di Kluang, Johor pada 27/12/09 iaitu bersamaan dengan hari kahwin Besau jugak. So, alang2 nak gi Melaka tu, terjah skali la Kluang.

Walimatul Urus

En. Sebardi Bin Yahya & Pn Hawa @ Enon Binti Madon

Dengan penuh rasa syukur ke hardat Allah S.W.T, kami mempersilakan

Dato’/Datin/Tuan/Puan/Suami/Isteri/Encik/Cik

............................................................................................................

& seisi keluarga ke Majlis Perkahwinan Putera Kesayangan kami

Mohd Najib Bin Sebardi dengan Siti Nordia Binti Rusli

Pada hari AHAD, 27 Disember 2009 bersamaan 10 Muharram 1431 H

Di alamat : No 1116, Jalan Limau Bali, Felda Kahang Barat, 86000 Kluang Johor

Semoga dengan kehadiran dan doa restu para tetamu akan menyerikan lagi majlis

kami serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.


Turut Mengundang :

Seisi Keluarga

Nizam & Aeny

Norli & Zul

Adam & Gee

Mohd Naim

No Tel :

019-7114219

019-7251719

012-7686278

Aturcara Majlis

Jamuan Makan

11.00 Pagi – 5.00 Petang

Majlis Bersanding

2.00 Petang




Skudai ke Kluang (+-70km)

Kluang ke Selandar (+-120km)

Selandar ke KL (+-120km)

Khamis, 10 Disember 2009

Kenduri Besau + Nor 17/12 Ganu 27/12 Melaka

Salam semua..
Skot2 sedia..
Dok senang..
Dok sedia..
Dok senang..

Saya mendapat wakil dari Besau & Noraini untuk menjemput skot2 semua ke majlis bahagia diorang. Detail Adalah seperti berikut:

Sebelah Noraini:
Tarikh Kenduri: 17/12/09 Khamis
Tempat: No.1 Felda Selasih, 22020 Jertih, Besut, Terengganu

Sebelah Besau:
Tarikh Kenduri: 27/12/09 Ahad
Tempat: No.52, Pekan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka

Jom terjah weh..
Peta lokasi xdak lagi, tengah mencari scanner nak scan kad nih.. sapa ada?

Jemputan Kenduri Kahwin dari Nizam di Setapak Ahad ni 13/12/09

Salam skot..

Kapten Nizam Sharifuddin menjemput semua skot untuk hadir ke majlis perkahwinan beliau. Detail adalah seperti berikut:

Hari: Ahad
Tarikh: 13/12/09
Tempat: 07-03-01 Rumah Pangsa 1A, Setapak Jaya, Setapak, 53300 KL
Pasangan: Noor Idayanti Binti Said (Asal dari Yan, Kedah)

Kad dan peta dah ada kat aku, jap lagi aku upload. MediaFire arini problem la pulak.

Isnin, 7 Disember 2009

Tahniah Cik Mam...

Salam....


Tempat Kejadian : Makmal perhubungan digit

aku terima sms daripada cik mam yang mengatakan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang bernama Muhammad Alif Ziqri. Alhamdulilah kita dapat lagi seorang anak buah lelaki. Tahniah aku ucapkan kepada Cik Mam...Kat bawah tue gamba cik mam kawen dan anaknya yang baru dilahirkan. Marilah kita doakan semoga anak-anak buah kita menjadi anak yang soleh ameen.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا

أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)




Akhir kata tahniah Cik Mam...Terima kasih atas offer hang. Nanti kalau duit aku dah cukup aku roger hang..hehehe.

sekian terima kasih

mohd rozaini abd rahim

Jemputan Kenduri Kahwin dari TUAN HADI pada 12/12/09 di Manir, Kuala Terengganu

download KAD KENDURI

Aku menerima wakil daripada skot kita, TUAN HADI yang telah selamat bernikah 29/11 aritu untuk menjemput semua skot ke majlis kenduri kahwin TUAN HADI di Manir, Kuala Terengganu pada 12/12/09. Skot2 Kelantan, Terengganu dan Pahang jangan lepaskan peluang ni untuk reunion yea.. Haha, yang penting skali, gambar jangan lupa upload kat sini. TQ.

Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam dihulur pembuka bicara, ukiran senyum tanda mesra

TUAN ISMAIL BIN TUAN DALAM

Dan

TUAN ROKIAH BINTI TUAN BAHARU

Serumpun kasih, seraut sayang, sekapur sirih kami

hulurkan di atas keredhaan Ilahi untuk mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

………………………………………..

seisi keluarga ke

Majlis Sambut Menantu Sempena Perkahwinan Putera kami:

Tuan Mohamad Hadi Bin Tuan Ismail

&

Siti Nurfatiha Binti Arifin

Pada hari:

Sabtu, 12hb Disember 2009 bersamaan

25 Zulhijjah 1430 Hijrah

Di kediaman kami beralamat:

No. 3504, Kg Kebor Besar, Manir,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

Semoga dengan kehadiran dan berkat doa hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendakNya. Terima Kasih.

Ahad, 6 Disember 2009

Perkahwinan Afzan dan Fitri

Salam....

Laporan untuk kenduri afzan

skot yang hadir: mujib &tunang, lock heng, kerk, rusyidi

Ini jerla gambar yang sempat aku ambil mengunnakan kamera aku yang paling mahal untuk tatapan korang yang xdapat hadir pada majlis tue...