ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Isnin, 7 Disember 2009

Jemputan Kenduri Kahwin dari TUAN HADI pada 12/12/09 di Manir, Kuala Terengganu

download KAD KENDURI

Aku menerima wakil daripada skot kita, TUAN HADI yang telah selamat bernikah 29/11 aritu untuk menjemput semua skot ke majlis kenduri kahwin TUAN HADI di Manir, Kuala Terengganu pada 12/12/09. Skot2 Kelantan, Terengganu dan Pahang jangan lepaskan peluang ni untuk reunion yea.. Haha, yang penting skali, gambar jangan lupa upload kat sini. TQ.

Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam dihulur pembuka bicara, ukiran senyum tanda mesra

TUAN ISMAIL BIN TUAN DALAM

Dan

TUAN ROKIAH BINTI TUAN BAHARU

Serumpun kasih, seraut sayang, sekapur sirih kami

hulurkan di atas keredhaan Ilahi untuk mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

………………………………………..

seisi keluarga ke

Majlis Sambut Menantu Sempena Perkahwinan Putera kami:

Tuan Mohamad Hadi Bin Tuan Ismail

&

Siti Nurfatiha Binti Arifin

Pada hari:

Sabtu, 12hb Disember 2009 bersamaan

25 Zulhijjah 1430 Hijrah

Di kediaman kami beralamat:

No. 3504, Kg Kebor Besar, Manir,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

Semoga dengan kehadiran dan berkat doa hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendakNya. Terima Kasih.

0 ulasan: