ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Selasa, 23 Jun 2009

Info terkini

skot...aku juz nk inform kat korg je...aku skang dah tak kije kat KL dah...aku dah transfer balik kuantan..so...lau korg trn kuantan...jgn lupe calling2 aku k...aku sentiasa ada..hehehe....so...i'm waiting...

utk kad bari tue..aku pun x nmpk...kerk...ape kate hang tulis almt umah die...mane tahu kot2 bole pergi ke ape ke..thanks kerk..

Isnin, 22 Jun 2009

Jemputan Kenduri Bari


Salam Skot-Skot Sedia..

Di bawah ni dimajukan kad jemputan kenduri kahwin daripada bari. Beliau menjemput semua skot sepasukan untuk hadir ke majlis bahagia beliau.

Jom ramai2 kita serbu.. Muahaha.. Please find attached of the map and invitation card for your detail..

alamat kenduri:
no.2 jalan 2/10, taman kajang impian, 43650 kajang, selangor



Ahad, 21 Jun 2009

Pentauliahan Di UTM 2009

Nak ulas aper erk? Aku pun xtau. Tp xnak nak menghampakan akim aku ulas la.

06.30pg:
Aku pun bangun la, bersiap-siap nak pergi sana. Selepas solat subuh, relax2 jap pastu tepat pukul 7.00pg aku gerak ke tempat pentauliahan mengunakan motor kesayangan aku. Bertolak ke lab telekom dahulu untuk ambil camera. Aku telefon abe, dia pun baru nak gerak. Jadi aku ambil keputusan untuk gerak dahulu. Aku pun pergi ketempat tauliah, pergh semua jalan tutup, nak pergi KTC pun susah. Nasib baik la aku dapat juga parking motor aku dekat dengan pejabat KTC. Abg pakguard tue tahan tak bagi aku masuk, tapi dia tengok aku camera dan dia tanya "juru kamera ker?" aku pun hangguk jer la. Jadi dia benarkan aku masuk. Nasib baik la aku berpakaian ala-ala juru kamera sikit. Kemeja ngan seluar slaq dan kasut no.3.

7:30pg
Aku pun berjalan dari pejabat KTC ke padang kawad UTM. Aku sampai jer, mereka dah nak masuk padang. Alhamdulilah aku sampai tepat pada waktunya. Sempat la ambik video sikit. Nanti kalau sempat aku attach sekali ngan video. menjadi jurukamera dan juruvideo dalam satu masa agak susah dengan pengalaman yang boleh dikatakan tiada langsung. Sempat la sapa Lt Muda Fadilah Miss. Aku nak kena cari satu port yang bagus untuk ambil video untuk tatapan korang semua supaya dapat mengenang kisah-kisah kita dulu. Aku nak kena edit dulu video tue baru boleh bagi kat korang semua. Tanpa aku sedari aku tertinggal handset kat lab. Maksudnya aku keseorangan la kat sini tidak boleh nak telefon orang lain. Tak boleh nak bgtau tamrin,abe,rusaimi and bari. Tak per la apa boleh buat nasib badan, terpaksala aku keseorangan dalam mengambil video dan gambar. Boleh tahan juga tengok banner kat padang kawad, cantik.

Banner kat padang kawad
8.00pg:
Tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan bahawa Tengku Mahkota lewat dalam sejam. Terpaksalah menunggu pukul 9.00pg untuk ketibaan tengku mahkota johor. Aku ambil side sebelah kiri padang kawad sebab palapes utm ada sebelah kiri padang kawad. Aku pun melintas la pentas DiRaja untuk ke side sebelah kiri. Tiba-tiba aku ternampak seorang berpangkat letenan kolonel, aku macam kenal jer. Tapi buat apa dia disini, dia ialah Mejar Nazri(dulu) ketua jurulatih palapes UTM. Dia hanya sempat masa aku waktu senior, pastu dia berpindah sebelum digantikan dengan Mejar Suhaimi. Sempat la juga aku snap dua tiga keping gambar dia bersama ketua jurulatih UTM sekarang.


Bersama-sama pegawai staf UTM dan jurulatih UTM


Aku pun jumpa la port yang sesuai, ramai juga la ibu bapa yang datang melihat anak-anak mereka di tauliahkan. Kat situ la aku lepak dari awal sampai nyer tamat pentauliahan.





Abe, Bari dan Rusaimi yang sempat hadir pada Hari pentauliahan


Aku xleh nak bergambar sekali, biasalah jurukamera, nie lah tugas dia, asyik tangkap gambar orang jer. Gambar sendiri tak nak tangkap.


Ni salah seorang anggota yang pengsan semasa perbarisan, barisan pertama dan dihadapan sekali.Atas sebab keselamatan gambar nie aku cut sikit bagi xnampak muka dia dan dari ipt mana.


Cuba cari mana orang yang tumbang? ada kat sebelah kadet2 tue. Barisan kedua kalau xsilap aku. Yang ada putih2 kat kaki tue. Cuba tengok betul-betul. Menurut bari, dalam 10 orang jatuh.


Tue salah seorang best kadet yang aku sempat tangkap. Aku taktau la hadiah apa dalam tue. Tapi kalau batch kita dulu besaur dapat pedang.


Dalam aku duk tangkap gambar tue, aku rasa mcm kenal jer muka dia nie. Macam familiar, nak kata najib ada adik. Setahu aku najib xder adik. Hehe, muka iras2 macam najib.


Hakim, aku tak sangka hang tipu aku. Berapa kali langsung hang nak tauliah. Rupa2nya hang datang tauliah. Sebab tue la hang kata hang keje. Rupanya ko sekali masuk baris. Hampeh tul hakim. Cuba cari mana hakim...


Nie lah bakal pegawai kadet dari Universiti Teknlologi Malaysia


Pandangan Keseluruhan Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA 2009

Aku rasa setakat inilah ulasan aku tuk kali ini. hadiah staf rosmi and the geng tak sempat lagi aku nak bagi. Maklumlah staf semua sebuk mengendalikan tauliah. AKu ingat staf rosmi masuk baris, rupanya aku silap staf azmi yang masuk baris. Kat bawah nie gambar gambar hadiah untuk staf rosmi, staf amir and staf awang.




kepada sesiapa yang masukkan duit selepas pukul 7:00ptg arie jumaat tue, aku akan sedekahkan duit korang kat masjid. Ker ataupun korg nak bg kat aku hehehehe..InsyALLAH aku sedekah kat mesjid UTM.

sekian,

7517891

p/s: Nak tengok lebih gambar? klik here

Khamis, 18 Jun 2009

sapa nak terjah tauliah sabtu ni weh?

dear all skot..

after few discussions pakai sms, aku, dila n kerk bercadang utk buat reunion kecik time tauliah sabtu ni since dila inform, staf rosmi bersara july ni. so, hopefully sorg dpt sumbgkan rm10 b4 7pm esok (jumaat 19jun09).aku dh sms sapa yg ada dlm phone book list aku mcm kt bwh ni.yg xdpt sms,pls bg jwpn kt phone aku, 0137143539.

salam skot.jmptn ke istiadt tauliah palapes kt utm 20jun 7pg.sapa yg konfem pi,tolg sms aku update blog.igt nk buat jamuan + hadiah sket ng jurulatih sbb staf rosmi pencen july ni.skot2 yg nk menyumbg, bley bank in ke maybank kerk,151306682084,mohd rozaini abd rahim.hopefully sorg rm10 la.yg dh bank in,bley sms kerk 0194319259 inform.last date bank in,jumaat 19jun 7pm.apa2 update,tgk blog,www.palapesutm06.blogspot.com.roger.tq.akim

stkt ni,yg dh konfem pi - abe,rusaimi,kerk,dila,tamrin,bari
yg lain,kalau ada yg pi,please sms aku utk update dlm blog ni.

trimas all.

UTM juara weh..

Dipetik daripada blog Dila Palapes.

Halangan Tembok 6 kaki.

Hakka!!!

Hehe...

Ours!!!

Mantap la korang..

Pergh, jalur2 pingat..

Keputusan Keseluruhan. UTM hebat!!

Dila dan Kpl Fatimah punyer. Yea!!!

Pertandingan Futsal: ke-9
Pertandingan Bola Jaring: ke-2
Pertandingan Kawad Kaki & Senjata: 1st
Best Parade Commander: 1st
Pertandingan Merempuh Halangan: 1st
Pertandingan Larian Pentauliahan: 1st
Keseluruhan: 1st!!!
Dila: Larian terbuka wanita mendapat tempat ke-13. Walaupun tak dapat mengekalkan top 5, aku redha kerana aku sudah dapat menjangka bahawa tahun ini sukar untuk mengekalkannya berpandukan pengamatanku terhadap penyertaan yang ramai dan usia mereka yang jauh lebih muda. Faktor kekalahanku adalah kurang stamina dan latihan dengan jurulatih Sarjan Awang.
Sekalung Tahniah dan Syabas untuk UTM kerana mengaut lebih banyak kejuaraan berbanding tahun-tahun sudah!

Kenangan kitorang dulu Tauliah UM 2006

Mengingat kenangan time tauliah batch kitorang dulu, kat UM 2006, UTM no.2. Saja je bagi chance dekat tuan rumah kasik menang. Jap nak terjah pakcik google cari gambar2 kenangan. Ha, kat bawah ni result time kitorang dulu.

Kawad - 3rd place
Rentas Halangan - 2nd place
Mini Marathon - 3rd place
Bola Jaring - 9th place kot
Bola Tampar - 5th place kot


Keseluruhan:
1st place: UM
2nd place: UTM
3rd place: UiTM
4th place: UPM
5th place: USM
6th place: UKM
7th place: UUM
8th place: UMS
9th place: UNIMAS
Jemputan: KUiTTHO, KUKUM & UPSI

mantap2 weh.. saat paling emosi time event merentas halangan tu la, sikit lagi nak jadi juara.. huhu..
p/s: tahniah to all junior palapes aku kt utm sana, yang sekarang ni asyik dok ulang alik ke padang kawad n dewan watikah, muka abis gelap gelita n all that, korang memang hebat lah weh, smpi bley menang sukan tauliah palapes. skang ni, yang tinggal, tahan la mental korang untuk watikah nanti, muahahahaa. letih gile beb, for sure terlentok dalam dewan watikah tu nanti.. merasa la gedebuk+gedebik dari jurulatih, pukulan jurus kedua laksamana sunan kt belakang korg nantih. btw, mental mesti kuat.. dh xlama daahhhhhhhh... lalalala...

Sabtu, 13 Jun 2009

Ulasan Kenduri Asrul

5.30 pg
Aku bangun pagi, pergh awal giler bangun arie nie. selalunya pukul 6.00 baru bangun. Maklumlah ada org nak mai ambik kul 6.oopg

7.30 pg
Lock heng aka ilham datang ambil aku kat flat taman u. Janji kul 6pg, sekali datang 7.30pg. Kalau plan awal 5.00pg. Sekali dalam kul 0.00pg aku dapat sms dari lock heng ditunda 6 pg. Hangin satu satu badan(petik kata-kata ustaz). Aku tidur sekejap jer malam tue. Maklumlah takut tak bangun pagi esk mau mengamuk si lock heng kat aku.
7.45 pg
Aku, ibnu rusyd dan lock heng pun bertolak la ke kuala lumpur. Duk dalam kete tue biasa la mengumpat, bersembang dan tgk GPS. Lock heng baru beli GPS, maklumlah org selalu travel. Kalau xder GPS susah nak cari jalan. Lock heng pun setting la GPS tue tuk cari jalan p umah safuan kering. Aku pun keluarkan la handset aku yg ada GPS tue... haha.. tp tak guna pun signal dia hampeh. Sedang asyik2 duk set GPS tue, tiba-tiba aku ternampak myvi biru kat simpang kat pulai perdana. Rasa macm kenal jer myvi biru tue, haha..aku main tibai ja kata kat lock heng yang tue kete dila. Nasib bek betui, lock heng pun hon la kete dila. Mula2 dila mcm xperasan jer lock heng... bila sampai kat tepi baru dila perasan kami. Jadi kami tunggu dila p ambik hadiah kat umah dia tuk bagi kat ghana. Kita org pun tunggu la.

lebih kurang camni la GPS lock Heng


8.30pg
Pastu gerak gi umah sapuan kering, Jauh giler umah sapuan kering. Lock Heng kata kalau mcm nie sapuan kering kena charge lebih la duit minya. Nyer la umah dia jauh. Aku setuju jer, hehehe. Menurut GPS lock heng tue umah sapuan lebih kurang 30 km la. Lepas fetch sapuan kami pi rembat roti canai. Macm besa la aku mesti makan lebih daripada depa. Biasa la aku yg paling besar walaupun hakikatnya aku adik. Hanya aku rusyidi, dan lock heng jer makan, sapuan xmakan minum jer. Boleh tahan roti canai dier sedap juga. Nie bukan roti canai mamak, real melayu punya.

9.00pg
Kita orang gerak pi umah member aku dulu kenduri(Fauzul Azeem). Kenduri member aku tue kat putra jaya. Aku hanya tunjuk muka ja kat kenduri tue yang katakan aku datang kenduri dia.
Aku mengantuk gila, tak tahan aku. Macam besa, lock heng berhenti kat petronas untuk tranfers duit kat kak dia. Jadi aku ambil kesempatan tuk beli Ali Cafe. Mana tau pas nie aku leh jadi jutawan ka. SApa tau kan, bak kata pepatah "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia sapa tau?".




11.00pg
Pastu kita orang meneruskan perjalanan. Sebelum gerak tadi radio lock heng plak meragam. Entah sebb apa pun tak tau. Nak dijadikan sebb, pasang jer radio IKIM.FM terus hang radio tue hahaha. Sebelum nie pasang radio lain, ok ja xder maslah. Maka hilang la hiburan dalam kete tue. Buat jadi bosan sementara, aku pun buka la ali cafe tue, kot2 la aku menang rantai emas ka..hahaha tapi hampa belaka. Aku minum benda tue xnak ngantuk jer, yer la lock heng drive nanti mental lemah plak lock heng tgk aku tidur haha. Takut dia join sekali jer tidur, Jadi aku berjaga la. Tadi aku dah membuta dah sikit, hehehe. Kira org duk buat hipothesis sendiri kenapa radio tue rosak, antara nya "mungkin sebab radio tue ada pelekat panasonic kot, sebb tue radio rosak" jadi cabut la pelekat panasonic kat radio tue dan tampal kat GPS lock heng plak.

12.00pg
Oleh kerana terlampau bosan yer la xder hiburan, lock pasang on kan speaker GPS dia tue. Bagi ada hiburan sikit, GPS tue hanya tau nyanyi mcm nie jer "Belok kanan","Belok Kiri", Depan Ada Simpang" dan seangkatan dengannya. Ok la daripada xder hiburan lansung kira terhibur la la juga.

2.00ptg
Kami pun sampai la kat umah member aku kat putrajaya. Kat sana kami tunggu en. Hakim ngan en. Mahadir untuk terus ke umah ghana. Sebelum tue aku pun masuk la kenduri umah member aku tue. Hakim dah sampai awal lagi. Aku tak makan pun just tunjuk muka ja. Kalau makan rugi la nanti, takut umah ghana aku dah kenyang hehehe. Pastue kita orang tunggu kedatangan mahadir. Lepas semua dah sampai, kitaorg pun nak gerak la ke umah ghana. Akim ngan mahadir xtau umah ghana. Kita org pun bagi cadangan la untuk guna GPS lock heng yang baru beli tue. Dengan penuh kenyakinan, semua pun bersetuju untuk ikut GPS lock heng, means akim ngan mahadir ikut kat belakang kami. Ikut punya ikut, kami melalui perumahan flat. Jalan yg di lalui menjadi semakin kurang menyakinkan. Keluar ja dari simpang tue, hakim cam copuse ja. tue jalan tue. Tapi kitaorg yakinkan yang itu jalan pi umah ghaba. Selepas 5 minit, ragau2 mula timbul Adakah itu jalan kerumah GAHAN? kalau mengikut tunjuk arah GPS itula jalan ke rumah ghana. Kenyakinan semakin goyang . Jalan punya jalan tiba-tiba jalan tue mengecil dimana hanya motor sahaja boleh lalu. Dihalang oleh dua konkrit. Pendek kata jalan mati.


3.00ptg
Semua pakat gelak, yer la ingatkan bawa pi umah asrul sekali bawa p jalan mati. Mcm alasan untuk utk cover GPS tue antaranya peta dia tak update. Boleh la diterima sebagai alasan. Jadi supaya hati xpanas, lock heng pun meng'off'kan GPS dia. Mahadir ngan Hakim plak yang lead kita org untuk ke rumah ghana. Sampai ja kat lebuhraya puchong kot, baru on balik GPS. Dan set balik ke destination rumah ghana. Alhamdulilah kita org selamat sampai ke tempat persandingan ghana. Apa lagi, aku pun rembat jer makanan yg terhidang maklumlah perut nie dah lapar sangat.

Syah ngan Rusyidi membuta ketika ambil gambar, maybe x cukup tidur kot..

Dari kiri: Rusyidi, Mujib, Safuan Kering, Akim, Aku, lock heng, syah, fadhrul, Wahid(wakil wanita), Mahadir dan pengantin Ghana

Boleh buat halangan monkeyrat bagi sapa yang bosan menunggu pengantin tiba.

4.00ptg
Lepas bersembang-sembang, kita org pun bergerak balik. Mcm besa la khimad GPS lock heng digunakan untuk untuk mencari jalan balik. Dalam perjalanan balik tue aku rembat dua tin tongkat ali. Yer la sapuan ngan rusyidi(yang hampir nak membuta) nanti aku juga membuta susah la lock heng. Takut lock heng ikut sama membuta. Alhamdulilah perjalanan pada arie tue berjalan lancar.

p/s: thanks asrul, memang sedap la die nyer lauk dan nasi. Kau mcm nak tambah lagi jer, tapi segan la bak kata pepatah "segan-segan tapi mahu". Lock heng update la GPS hang, nanti sesat lagi, banyak lagi nak citer. Tapi dah malas dah. Faizul sory la xdapat g kenduri ko, last minit depa cancel jadi xdapatla aku p umah hang. Kalau ada unsur ranjau dalam nie sory la...hehehe..masa tue aku men tibai jer sebb tak tau masa sebenar. Kepada yang dah kawin tue tahniah yer. semuga kalian bahagia.

Sekian,

7517891
Mohd Rozaini Abd Rahim



Jumaat, 12 Jun 2009

Kenduri Faizul Ahmad, 6/6/09, Alor Setar, Kedah

Sekalung tahniah buat skot Faizul Ahmad kerana telah bergelar seorang suami. Ni just 4gambar yang berjaya di'pau' untuk tatapan semua skot. Gambar lain, nanti aku try pau dia lg. Roger.

Khamis, 11 Jun 2009

5 Skot Terjah Kenduri Aripsiap, 10/6/09, Pengkalan Chepa, Kelantan

8/6/09, lebih kurang jam 8.30mlm, train bergerak ke pasir mas dari kl sentral. ho, 12 jam beb dalam train tu, nasib baik la ada novel menemani aku sepanjang perjalanan. sempat gak la aku habiskan setengah novel on the way gi sana. sampai kat sana dalam jam 10pg, difetch oleh pak keron. mantap la pak keron, bawak aku gi pusing2 dulu sekitar kota bharu, then dalam jam 4ptg, baru bergerak balik rumah dia kat bachok. lepas rilek2 jap, dalam jam 5ptg, kami bergerak gi pantai irama, mandi2 sket sambil menikmati keindahan alam. dalam jam 7ptg, kami angkat kaki, balik rumah, mandi, sembang2 sket, dan terus tido.

10/6/09, dalam jam 6.30pg, bangun tido, mandi, solat subuh, lepak2 jap. dalam jam 10pg, gerak gi kota bharu, pusing2 lagi, then singgah solat zuhur kat masjid muhammadi. lepas solat, terus merempit ke rumah kenduri arip kt perumahan jpn, pengkalan chepa. adus, kitorang lambat sket je, sampai2, pengantin dah masuk dalam rumah. rugi2. tiba2, mike (maliki) kelui dari dalam ajak masuk, posing tangkap gambar dulu. haha. so, apa lagi, terus masuk dalam bilik tu, haha, dalam xdijangka, all kitorang 5orang berbaju merah. pak keron mula la dok bising, "kan aku dah kata tadi, hehe." then, kitorang gi makan dan melantak, gile nye kenyang. fuh, sembang2 jap sementara nak tunggu pit ng ewi sampai. dalam jam 3ptg, depa pn sampai. snap gambar sket lagi, then terus cau sebab pak keron cakap nak singgah kb mall lagi sebab nak jumpa kawan secikgu dengan dia. then, naik train dalam jam 7mlm, smpi kl dlm jam 9pg esoknya.

dah lah, roger. nanti bila2 free den sambung lagi.

11 Skot Terjah Kenduri Asrul, 6/6/09, Bukit Jelutong, Selangor

Selasa, 9 Jun 2009

Ipoh Mali~

Qaisara yang ligat!

The crowd of people.

enterprem jap dengan kak ida (kakak amrey)

Amrey selepas akad nikah kali pertama. Kene buat sekali lagi. nape ntah?

Barisan isteri ;)

Inilah orangnya~

Aku sempat lagi menggubah hantaran untuk amrey. haha...

Keluarga angkat amrey. (nape kabur? ish...tuannyer je yg pandai ambik gmbar. huhu)

Cian pengantin. Lapo....

hehe...aku jadi mak su kat sane.. rindu kat Qaisara..huhu ;(

Isnin, 1 Jun 2009

6 Skot Terjah Kenduri Amrey 31/5/09 Ipoh, Perak.. Moh le kite..

p/s: story from my perspective of view..

Tepat jam 7.55pagi, aku terus cabut keluar dari ofis (keluaq awai 5minit), dengan muka yg still mamai + fikiran yang terbuai2 pi mana ntah, terus merempit kapcai balik rumah untuk amik helmet lebih.

"Kim, aku on the way KTM Serdang."
"Kerk, kalau hang sampai awai, tunggu aku. Dalam 8.30pg aku sampai."

Haiyoh, lupa pulak semalam nak bawak helmet lebih. Ni la bahananya nak kene balik rumah dulu, then nak kene rempit gi KTM serdang tu.

"20minutes gak take time tu sini nak pi Serdang. Dah la appointment ngan Paie (Rufaie) kat KL Sentral kul 10pagi, macam tak sempat je ni. Balun je lah"

Lalalaa..

Sampai la aku kat KTM Serdang, jam dah bertukar posisi dah 8.40pg. Dah lambat 10minit dah ni. Haha.. So, kitorang pun merempit la balik rumah aku kat Lestari Perdana, Equin Park tu. Dalam jam 9pg jugak la sampai rumah.

Terus naik rumah, mandi 5saat, tukar baju, terus turun balik. Tak sempat Kerk nak layan cerita Charlie Angels tu. Haha. Terus la kitorang merempit ke KL Sentral, alhamdulillah, sempat sampai 9.50pg, kira ontime lah.. Dah la nak parking motor kapcai ni pun susah, terpaksa aku tumpangkan kat depan Plaza Sentral tuh. Huhu..

"Paie, hang dah sampai belom, aku ng Kerk dah sampai dah ni."
"Yaka? Aku on the way lagi ni. Xpa la, hangpa pusing2 la dulu KL Sentral tu."
"Okey2, set."

Haha, nasib baik dan..

"Kerk, hang lapaq dak? Aku lapaq gila ni."
"Ok jom.."
((jom saja hang ni, haha..)) <--bisik dalam hati je nih..

Kitorang singgah makan kat La Cucur, mahai ya amat. Haha, the first and the last.. Paie pun sampai, maka bermula la sebuah perjalanan ke Ipoh. On the way, singgah jap kt opis Paie kat Damansara. Dah malas nak cerita, biar gambar kat bawah ni menuturkan kata.. Muahaha..

"GPS-GPS, tunjukkan jalan paling short-cut ke Ipoh.."
"PDA aku ni pun ada GPS gak.. huhu.."
"Ok skot, kita sampai dalam kul 1.30petang jap lagi."
"Ok cun, kira awai la tu. Weh, Dayat xjadi mai, ada kat Teluk Intan."
"Kerk, Langgak dengan Jijon dah gerak belum?"
"Aku kat rumah ni, Jijon baru gerak dari rumah dia."
"Amdut gerak dari rumah kak dia kat Sitiawan kot"
"Weh, Amrey bersanding kul 1.30ptg nih.."
"Sempat kot"

Dalam jam 1petang, kitorang berhenti kat Petronas R&R Tapah jap, melepas lelah.
"Selamat Datang ke Perak.."
"Weh, Amdut dah sampai mana dah?"
"Tadi dia kata dok pi cari hadiah lagi.."

"Welcome to Ipoh"
"Nak tunggu Amdut kat mana ni?"
"Satgi kita tunggu kat tepi jalan je lah, dia dah abis beli hadiah kot."
"Langgak ngan Jijon dah sampai mana, Kerk?"
"Weh Kerk, kami dah nak sampai Ipoh dah ni, 5minit, 5minit.."
"Okey2, aku bau macam hang baru sampai Sg Petani ja.."
"Dak aih, kami baru sampai Bertam ni. Haha, Jijon dah rempit kuasa kuda dah ni, sat lagi sampai la"
"Hah tu, kereta Saga Amdut dah sampai kat belakang.'
"Okeh, jom gerak.."

"Weh, pengantin dah sampai rasanya ni. Kita lambat seminit, dah 1.50ptg dah ni."
"Tak pa la, janji sampai."
"Uiks, awat orang ramai dok tunggu depan banner tu lagi, kompang pun xcakpong2 lagi tu."
"Depa xsampai lagi kot."
"Jom masuk dewan dulu la, letak hadiah dulu weh."
"Jom2.."
"Hah, tu Am baru sampai tu. Jom weh, snap gambaq. Haha.."
"Jom2, merenyih semacam je Am tu weh, dia dah nampak hang kot Dut."
"Haha, biasa la, orang baru kahwin memang merenyih lebih.. tangkap gambaq, tangkap gambaq.."

"Cakpung, cakpung.. Cakpung, cakpung.. perlahan jalan, perlahan jalan.."

"Cakpung, cakpung.. Cakpung, cakpung.. skotttttttttttttttt.... henti.... Haha.."

"Hah, apa tunggu lagi.. Jom serbu.. Aku dah lapaq nih."
"Weh, rilek2 dulu, kita pi tangkap gambaq amrey bersanding dulu, satgi kalau dah terlepas, dah xdapat dah."
"Okeh, jom2.. gerak2.."
"Langgak dah sampai mana dah Kerk?"
"5 minit, 5minit.. Haha.."
"Dari tadi dok 5minit dia.. Aku macam dok dengaq peguam Lingam tu kata, Correct Correct ja..."
"Muahaha.."

"Rilek Am, control2.. tu peluh dah menitik kat dahi dah tu.."
"Fuh, tahan nafas, tahan nafas.. jangan kasik nampak lemak.."

"Nasib baik dapat dok kat meja depan ni.. Haha.."
"Weh, nasik minyak dah abis la.. Kita lambat seminit.."
"Takpa la, makan je apa yang ada.."
"Oih Kerk, awat nasik aku lebih dari nasik hang ni?"
"Aku tengahari kurang makan, malam mula la terlebih makan.."
"O, yaka.. Haha.. Tokwe xleh mai.. Dia pun ada kenduri kat Teluk Intan.."
"Nampak gaya kita 4orang je lah.. Langgak ng Jijon, dari tadi dok 5minit.. 5minit.. bayang habuk pun xnampak lagi ni.."

"Control2.. Cantik gak labu sayung dalam berkat ni"

"Control2.. haha.. betul2, biasa la orang Perak, labu sayung la nak bagi buat tanda mata"

"Control2.. sampai bila nk control ni.. jom la kita pi semayang dulu.."

"Weh Am, kami pi semayang dulu sat.."
"Hah, xpa la.. surau, hangpa straight ja jalan ni.. nanti pandang kiri, sapa nampak musuh tembak.."
"Hangpa dah makan belum ni.."
"Dah, mission accomplished.. Kami lepak surau je lah.. Tunggu Jijon ng Langgak xsampai lagi ni. Depa kul 1petang baru gerak dari AS"
"Paie, hang tak rasa ka kat sini panas sket.. Hangpa tau dak sebab apa?"
"Sebab apa Kerk?"
"Sebab ni @#$$%^$@^@$^@."
"Haha.."

"Hah, baru rasa sejuk sket.."
"Aku tau sebab apa Kerk.."
"Haha.. Dah2, xpayah jawab"
"Jom semayang.. Kim, hang pi tengok pintu tu kunci dak.. Hari tu aku mai, pintu tu kunci.."

"Cun, pintu xkunci, bley solat sini.."
"Orait, cantik gak surau ni.. Dalam pun cantik.."
"Dah2, jom2.."
"Dut, qamat cepat"
"Buat jamaq qasar ka?"
"ya2.. cepat qamat.."
"Allahu Akbar, Allahu Akbar.."

"Kerk, Langgak dah sampai mana dah nii?"
"Haiyoh, boringnya.. letih menunggu.."
"Weh Langgak, hangpa dah kat mana?"
"Dah sampai Ipoh dah ni.."
"GPS aku xdetect hgpa masuk Perak lagi pun.."
"Haha.. baru kat sempadan ni.."
"Hadus.. Hang suruh ja Jijon tu kayuh laju sket.."
"Okey2, hgpa tunggu jelah.. Satgi dah sampai kat Tol Ipoh, aku call balik.."

"Haiyoh Kerk, mana depa ni?"
"Tak sampai lagi pun sampai la ni, jauh sangat ka.."
"Sat aku call depa balik.."
"Weh dah sampai mana? Hah, Sg Perak?"
"Hgpa mai naik bot ka?
"Ok2, hgpa dah lepas terowong blom?"
"Tengah dalam terowong la ni.."
"Oi, apsai xdengar ni.."
"Dah, depa dalam terowong.. dah dekat kot.."
"Aar, dah dekat dah tu, lepas terowong nanti terus jumpa tol Ipoh.."
"Okeh, boring siot.. haha"

"Weh, tu kubuq cina tu.."
"Boring2, tangkap gambaq kubuq cina ni la.."
"Banyak gila, dari sini pun boleh nampak.." <--korg try klik kt gambaq kt atas ni..
"Nampak sangat boring hang tu weh.."
"Lambat gila depa nih.."
"Woi, kami dah sampai tol Ipoh dah.."
"Wokeh, dah dekat dah tu.. Hangpa straight ja, nampak simpang masuk kanan.."
"Weh, jom gerak, depa dah nak sampai tu.."
"5minit, 5minit"
"Hahah..."

"Akhirnya, sampai gak noh hangpa.."
"Jom2, kita pi tangkap gambaq ng pengantin.. 3x zoom pun boleh ni.."
"Weh, bau kedai lagi ni.. Haha.."
"Jijon singgah beli on the way sini tadi.."
"Mantap2.. dah2, jom2.. weh, atuq orang dulu.."
"Amdut, hang belah sini.. baru imbang sket.. Hang ngan Jijon kan dah sama saiz.. baju pun kaler sama.. Haha.."
"Okey, cun.. Amboih Amrey, hang dari tadi dok merenyih lebih2 ni.. haha.."
"Okey2, paham.."

"Hah, jom makan.. Kami makan laksa ja la, malu nak ulang 2round.. Hehe.."
"Pergh, orang JKR apa habaq?"
"Wei, jangan dok tanya, ada 2orang JKR kt sini.. jangan main2.."
"Hangpa jangan terkejut kalau jalan pi rumah Jijon dah tukar jadi 4 Lane.."
"Haha, Amrey xpa la, dia main sign je.. Paie gak la dok jalan pi merata.. Perak, Penang, Kedah, Johor.. Biasa la, kontraktor.."
"xpa, keluaq peluh lebih, sihat sket.."
"Hangpa jangan dok lupa, ni orang TNB yang sihat ni. Kena jaga2 jugak."
"Ramai yang dok huloq.."
"Tu la.. bila dah koje ni, suasana lain.."
"Hah Jijon, mana 3x zoom hang? xkan nak simpan ja kot.."
"Haha.."

"Weh, makan.. makan.."
"Jadi lapaq pula tengok hangpa makan laksa.."
"Wah Kerk, 2pinggan laksa nampak.."
"Oih, ni bukan aku punya la.. Laksa ni sapa punya ni.."
"Jangan menyesal kalau 5minit terus clear, muahaha.."
"Weh Jijon, payung heli hang terbang tu.. Cepat.."
"Hangpa terjun skali ngan kereta persona plat Penang ka tadi? Haha.."
"Haha, amboi Am ng Ija, berposing naik buaian.."
"Posing sakan depa noh.. xpa, sekali sekala.."
"Hgpa dah abis makan blom, dah pukul 5lebih dah ni.."
"Jom la beransur dulu kot.. Train aku kul 9mlm ni.. Haha.."
"Jom2.."
"Langgak, hang jadi ka nak balik terus KL ni?"
"Aku singgah rumah abang aku dulu kot.. Naik dengan hangpa la, nanti berhenti kat CALTEX Tapah, bleh?"
"Okey2.."

"Mana Caltex Tapah ni, hang kata tadi 5 minit ja weh?"
"Alah, jalan je lah, depan tu ja tu.."
"Kita singgah Gua Tempurung dulu la weh.."
"Weh, train aku pukul 9mlm, dpt!"
"Haha.."
"Sure ka Langgak, xmau ikut kitorang balik?"
"Haha, aku turun sini je la.. balik esok kot, esok aku cuti lagi.."
"Orait.."

"Weh Kerk, kita singgah Cameron Highlands dulu la.."
"Ha, best gak tu, Tanah Rata.. xpernah sampai lagi.."
"Jangan dok buat pasai, train aku 9malam dapat.. haha.."
"Lain kali kita terjah Cameron Highlands k, kalau dapat pi air terjun Lata Kinjang skali best gak.."

Kitorang sampai KL Sentral lebih kurang jam 9malam. Nasib baik sempat. Lepas Paie drop kitorang kat situ, Kerk terus berlari2 anak pi kat kaunter keretaapi. Dalam jam 9.35malam, train sampai. Aku pun terus get my motor kt depan Plaza Sentral tadi, terus rempit balik rumah.
btw, selamat pengantin baru buat Amrey & Khalijah.. semoga kekal & bahagia sehingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat.

Thanks gak kepada skot2 yang terjah tadi, Amdut, Kerk, Paie, Jijon ngan Langgak. Kita terjah kenduri Asrul pulak pas ni.. terlebih terkurang mintak dihalalkan.. dialog2 kat atas ni, ada yang betul, ada yang iras2 betul dan ada yang ranjau.. minta maaf kalau ada salah silap dan last say from me, "Mental mesti kuat!"

Roger.