ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Ahad, 5 Julai 2009

Untuk Skot ku yang belum kawen..

Pada suatu malam jenjalan kat city square johor bharu. Hati aku terdetik untuk ke popular book store sementara menunggu jam 12.00 malam. Kedai buku tue tutup dalam pukul 10.00mlm, jadi aku gunakan masa yang ada untuk melihat buku-buku yang ada kat kedai buku popular CS. Tiba-tiba aku terpandang satu buku yang amat menarik, tajuknya adalah "Rahsia selebriti berkahwin pada bajet rm 25K". Aku tertarik untuk membelek buku tue. Yer la dari tajuknya ingatkan nak citer selebriti yang kawen pada bajet rm25k. Setelah aku membaca sepintas lalu, rupanya buku tu lebih kurang untuk merancang keewangan perkawinan yang kurang daripada rm25K dan boleh dikatan meriah macam selebriti la. Rasanya buku tue menarik juga untuk bakal-bakal yang akan mendirikan rumah tangga(x termasuk aku). Dalam buku tue siap ada bagi senarai-senarai yang perlu dibeli untuk majlis perkahwinan. Ada juga barang-barang yang dia cadangkan suruh buat sendiri jer, yer la nak menjimatkan kos. Terdapat juga senarai harga barang-barang perkahwinan dan juga senarai semak. Berdasarkan pembacaan aku sepintas lalu mengenai buku ini adalah memang sesuai untuk dimiliki oleh bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan masjid. Aku bukan nya dapat komisen promote buku nie, hanya sekadar ingin berkongsi. Kenapa aku tidak beli? kerana belum lagi tiba masanya. Nanti nank kawin aku beli la. Ka bawah nie ada sekali ngan muka hadapan buku tue.

kepada yang berminat, boleh la pergi ke kedai buku berhampiran sebelum kehabisan stok. heheh. Ok la selamat membaca...

sekian

mohd rozaini abd rahim

0 ulasan: