ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Selasa, 21 Julai 2009

yang berminat nak lapor, follow step2 kat bawah ni k..


Salam skot,

Kat bawah ni, diceritakan sket cara-cara nak transfer dokumen bagi siapa-siapa yang berminat nak lapor:

a) bagi yang belum pernah lapor kat mana-mana kem

untuk yang belum pernah melapor, dokumen korang still ada kt markas palapes utm. so, korang ikutlah step2 kat bawah ni:

1) buat surat lapor (atas nama ajutan) kat unit-unit mana yang korang minat
2) gi lapor, nanti unit yang korang lapor tu akan request dokumen korang dari markas palapes utm, then, baru sarjan faizal bley issuekan dokumen korang
3) follow up dengan markas palapes utm, 07-5531549 @ sarjan faizal 012-7352076

b) yang dah pernah melapor (kat 501 tebrau misalnya)

untuk yang dah pernah melapor, in case macam ada yang pernah melapor sekali dengan aku kat 501 tebrau, dokumen kita memang ada kat sana dah, ikut step kat bawah ni:
1) buat surat mohon pindah unit atas alasan kerja
2) pos @ bagi by hand dekat sarjan basir 07-3541088 extension 237 @ ajutan kapten alias abdullah 07-3541088 extension 322
3) buat surat lapor, gi lapor kat unit baru
4) follow up dengan sarjan basir/kapten alias (unit lama) dan juga unit baru tanya dokumen dah sampai ke belum.

c) contoh surat lapor

Lt M Mohd Hakim b Zakaria (7517881),
No.2, Jalan BPP 1/5,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Tel : 013-7143539

PERS/A/7881 <--no fail, belasah je la letak mcm ni, ni copy paste surat lapor palapes utm dulu

20 Julai 2009

Ajutan,
Rejimen 515 (AW),
Kem Jalan Ampang,
50634 Kuala Lumpur.
<--selang 6baris

MELAPOR KE REJIMEN 515 (AW) JALAN AMPANG

1. Selamat sejahtera diucapkan kepada tuan seisi keluarga. Semoga tuan dan keluarga berada dalam keharmonian hendaknya.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya Leftenan Muda Mohd Hakim b Zakaria (7517881) dari PALAPES Darat UTM telah ditauliahkan di Universiti Malaya pada 17 Jun 2006 yang lalu ingin melapor diri di Rejimen 515 (AW) Jalan Ampang. Sebelum ini, saya telahpun melapor di Rejimen 501 (AW) Tebrau dan telahpun membuat permohonan untuk bertukar ke unit tuan atas alasan kerja (Rej 501 AW Tebrau: Sjn Basir 07-3541088 ext 237, Ajutan Kapten Alias ext 322).

3. Untuk makluman tuan, saya ingin melapor diri ke Rejimen 515 (AW) kem Jalan Ampang kerana saya berkerja di Telekom Malaysia, Cyberjaya, Selangor. Saya berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan masih bujang. Buat masa sekarang, saya menetap di Seri Kembangan, Selangor. Saya berasa amat berterima kasih sekiranya Tuan dapat meluluskan permohonan saya untuk melapor di unit ini dan meneruskan perkhidmatan saya di Rejimen 515 (AW). Saya berjanji akan menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh ketaatsetiaan.

4. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya mendoakan kesejahteraan tuan. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang tuan berikan. Semoga tuan sentiasa beroleh kejayaan dalam segala bidang.

Saya yang menurut perintah,



................................................
(Lt M Mohd Hakim b Zakaria)

d) contoh surat mohon pindah unit

Lt M Mohd Hakim b Zakaria (7517881),
No.2, Jalan BPP 1/5,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Tel : 013-7143539

PERS/A/7881

20 Julai 2009

Ajutan,
Rejimen 501 (AW),
Kem Tebrau,
80990 Johor Bahru,
Johor.
PERMOHONAN BERTUKAR KE REJIMEN 515 (AW) JALAN AMPANG ATAS SEBAB KERJAYA

1. Selamat sejahtera diucapkan kepada tuan seisi keluarga. Semoga tuan dan keluarga berada dalam keharmonian hendaknya.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya Lt M Mohd Hakim b Zakaria (7517881) dari PALAPES Darat UTM telah ditauliahkan di Universiti Malaya pada 17 Jun 2006, dan telah melapor diri ke Rejimen 501 (AW) Tebrau pada awal 2007 ingin memohon untuk bertukar ke Rejimen 515 (AW) Jalan Ampang atas sebab kerjaya.

3. Untuk makluman tuan, saya ingin melapor diri ke Rejimen 515 (AW) kem Jalan Ampang kerana saya berkerja di Telekom Malaysia, Cyberjaya, Selangor. Saya berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan masih bujang. Buat masa sekarang, saya menetap di Seri Kembangan, Selangor. Saya berasa amat berterima kasih sekiranya Tuan dapat meluluskan permohonan saya untuk bertukar unit dan meneruskan perkhidmatan saya di Rejimen 515 (AW). Saya berjanji akan menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh ketaatsetiaan.

4. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya mendoakan kesejahteraan tuan. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang tuan berikan. Semoga tuan sentiasa beroleh kejayaan dalam segala bidang.

Saya yang menurut perintah,


................................................
(Lt M Mohd Hakim b Zakaria)

p/s: semoga membantu. kredit untuk mahathir (aku teman je) yang bersusah payah terjah 501 tebrau sampai tersilap kem, haha.. sapa2 yang ni pi bagi surat transfer unit by hand, nanti bila2 free lagi aku upload gambar. sekarang ni kat rumah streamyx still not ok.. 2 @ 3 hari lg kot.. cau..

Sabtu, 18 Julai 2009

News baru lanjutan post kabare......

Salam skot....aku nk gtau korg yg ijan dah selamat jadi ibu pada pkl 11 mlm lebih pd 20/7 baru ni n mendapat cahaya mata lelaki yg amat comel(mcm aku)...skrg ijan dah kluar wad..tp..ank die still ade kat wad sbb msh dlm jagaan doktor...sama2 lah kita doakan ank ijan sihat k n cpt2 kluar.Di sini, aku attach skali ank die...tp kesian..time nie ank die still msk wayar bg oksigen..tp skrg dah tak pkai wayar...cme di tahan sbb kuning...sama2 lah doakan moga ank die dan die cpt sembuh k..


akceli saje je terjah kat sini...dah lama tak jenguk kan...akceli aku ngah menunggu saat2 nak jadi ibu ni...akceli due date aku dah terlepas pon...16/6/2009..tapi lom ade tanda2 lagi anak aku ni nak kuar...agaknye die syok dok kat dalam ni lama2...hehhehe.....skod2 sume tlg la doakan aku ek....hehehe.....pada skod yang dah kawen tapi aku tak dapat g tu harap maaf banyak2....papepon selamat pengantin baru.........


Rabu, 8 Julai 2009

Surat Lapor Diri

Salam skot..

nak minta tolong saper2 yang ader contoh surat lapor diri, tolong send kat email aku hehe..
skrg saper yer geng2 kita yg memg aktif kat kem siri 500??
aku rasa tkt rugi lak xaktif sbb dah xlama lg kan kita nak expired....
trase rugi sngt2 xaktif..lgpun skrg time gawat hehe..kena cari duit lebih skit..
sekurang2 nyer terjaga gak body ni hak3....sbb ramai skrg dah yg terlebih2.paham2 ajer la skot..

Ahad, 5 Julai 2009

Untuk Skot ku yang belum kawen..

Pada suatu malam jenjalan kat city square johor bharu. Hati aku terdetik untuk ke popular book store sementara menunggu jam 12.00 malam. Kedai buku tue tutup dalam pukul 10.00mlm, jadi aku gunakan masa yang ada untuk melihat buku-buku yang ada kat kedai buku popular CS. Tiba-tiba aku terpandang satu buku yang amat menarik, tajuknya adalah "Rahsia selebriti berkahwin pada bajet rm 25K". Aku tertarik untuk membelek buku tue. Yer la dari tajuknya ingatkan nak citer selebriti yang kawen pada bajet rm25k. Setelah aku membaca sepintas lalu, rupanya buku tu lebih kurang untuk merancang keewangan perkawinan yang kurang daripada rm25K dan boleh dikatan meriah macam selebriti la. Rasanya buku tue menarik juga untuk bakal-bakal yang akan mendirikan rumah tangga(x termasuk aku). Dalam buku tue siap ada bagi senarai-senarai yang perlu dibeli untuk majlis perkahwinan. Ada juga barang-barang yang dia cadangkan suruh buat sendiri jer, yer la nak menjimatkan kos. Terdapat juga senarai harga barang-barang perkahwinan dan juga senarai semak. Berdasarkan pembacaan aku sepintas lalu mengenai buku ini adalah memang sesuai untuk dimiliki oleh bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan masjid. Aku bukan nya dapat komisen promote buku nie, hanya sekadar ingin berkongsi. Kenapa aku tidak beli? kerana belum lagi tiba masanya. Nanti nank kawin aku beli la. Ka bawah nie ada sekali ngan muka hadapan buku tue.

kepada yang berminat, boleh la pergi ke kedai buku berhampiran sebelum kehabisan stok. heheh. Ok la selamat membaca...

sekian

mohd rozaini abd rahim