ahlan wasahlan wa anta bilghair skot2 semua! mental mesti kuat..

::aku, kau dan kita

blog ni didedikasikan buat semua skot PALAPES DARAT UTM batch 14 2003/2006, xkira la yang sempat tauliah atau tidak. semoga semua xlost kontek dan sentiasa keep in touch.

Selasa, 26 Mei 2009

Jemputan Kahwin Herlinda Askar Melayu, 13 Jun 2009 di Tanjung Piandang, Perak

Salam Skot semua..

Aku menerima wakil dari Herlinda (Askar Melayu), beliau menjemput semua skot ke majlis perkahwinan beliau di Tanjung Piandang, Perak pada 13 JUN ini. Kat bawah ni, alamat rumah kenduri, kad already uploaded.. Berikut email dari Linda, siap suruh bawak cucu lagi tu.. Hiperbolanya..

assalamualaikum skot...mintak hang hebahkan jemputan kenduri aku kepada semua skot2 yang sedia... :) pada 13hb 6 nanti. aku sanding sekali ngan adik aku.. datang lah beramai2.. bawak sekali suami/istri/anak/ tak pun klu yang dah bercucu pun angkut sekali.. tq bah..kat sini ada kad aku ngan plan ke rumah aku sekali.. JEMPUTLAH DATANG...


No 69, Kampung Baru Nelayan,
34250 Tanjung Piandang,
Perak.


Jumaat, 22 Mei 2009

anak buah..

saja je nak terjah, dh lama xupdate blog ni kan, rasa mcm dh makin bersawang2. ok, sepanjang pengetahuan aku, sekarang ni kita dah ada 11 orang anak buah kan? haha..

1) Azura Kunyit & Pasangan - Nur Azwa Safrina bt Ramli - 3 Jan 2008
2) Meor & Pasangan - Wan Nur Farahana bt Meor Ahmad Hisham - 28 April 2008
3) Tajri & Mazlina - Salehuddin bin Muhamad Tajri - 10 April 2009
4) Ijan & Wadi - Tuan Haikal Zafran bin Tuan Izwadi - 20 Julai 2009
5) Aidil & Lia - Nur Aisyah Arina Binti Aidil Akbar - 13 Ogos 2009
6) Paktam & Yati - Muhammad Naufal Amin b. Mohd Nazri - 17 Oktober 2009
7) Noyu & Man - Putri Nur Aleeya Batrisya bt. Nor Azman - 21 Oktober 2009
8) CikMam & Pasangan - Mohammad Aliff Ziqri b Mohammad Faizul - 5 Disember 2009
9) Arip Siap & Aqilah - Arfa Arysa bt Muhammad Arif - 24 Januari 2010
10) Faizul Ahmad & Pasangan - Muhammad AlFatih b Mohd Faizul - 16 April 2010
11) Zila & Zam - Siti Nur Batrisyia bt Zamrizam - 18 April 2010

Yang dah kawin tu, kerja keras sket.. miahaha.. Yang blom kawin tu, semoga cepat mendapat jodoh.. Yang dah nak kawin tu, prepare la apa yang patut.. Roger..

Khamis, 14 Mei 2009

Jemputan Kenduri Kahwin Asrul Ghana kat Bukit Jelutong, 6 JUN 2009

Salam Skot-Skot Sedia..

Di bawah ni dimajukan email jemputan kenduri kahwin daripada Asrul Ghana. Beliau menjemput semua skot sepasukan untuk hadir ke majlis bahagia beliau. Jom ramai2 kita serbu.. Muahaha..

Assalamualaikum

Dear Hakim,

Dengan segala hormat dan takzim nye..hahaha..aku mewakilkan hang utk menjemput sekalian sahabat untuk hadir dan memeriahkan majlis perkahwinan ku pada 6 june 2009...

Please find attached of the map and invitation card for your detail..

regards,

Ghana..



Ahad, 10 Mei 2009

Jemputan Kenduri Kahwin Faizul Ahmad, 6 Jun 2009 kat Alor Setar, Kedah

Salam Skot semua,

Skot2 sedia..

Aku menerima wakil daripada Faizul Ahmad, yang menjemput kita semua ke kenduri kahwin beliau yang berlangsung di Aloq Setaq, Kedah pada 6hb JUN 2009. Siapa2 yang free, dipersilakan untuk menjadi wakil skot ke sana. Di bawah, email ringkas dan jugak kad kahwin daripada Faizul:

Salam Akim,

Aku dengan ini berbesar hati menjemput hang datang ke kenduri perkahwinan aku..aku nak minta tolong hang forward kan email ni kat sapa2 lagi kawan2 UTM dan PALAPES yang kenal aku ni..yang mana hang boleh forward hang forward kan..aku jemput dan alu-alukan sangat2.

Dari,

Faizul


Roger.


Selasa, 5 Mei 2009

Jemputan Kenduri Kahwin dari Arif Awang, Rabu 10 Jun, Kota Bharu, Kelantan

Skot, dok sedia..
Dok senang..
Dok sedia..

"Mengumumkan, ketibaan raja sehari, bla bla bla.."

Ok, direct to the point, aku menerima wakil daripada Arip Awang untuk menjemput semua skot yang mengenali beliau (kalau xkenal jugak, memang nk kena skot jump 10x), untuk hadir ke Majlis Kesyukuran sempena bergelar raja sehari. All details, boleh tengok kat gambar2 bawah ni. Arip dok buat malu2 pulak nak invite korang. By the way, untuk skot yang dah terjah kenduri kahwin Zila dulu, rasanya semua dah dapat kad kenduri masing2.

Untuk skot2 area Kelantan/Tganu especially Khairun (Pak Keron), Najmiah, Tuan Hadi dan juga Zainiah, korang jangan tak pi pulak okay..

Roger.






En Aris the latest..

Pada 26/4, dalam lebih kurang jam 3 petang la, Faizul mai Bukit Indra Muda, fetch aku untuk pi rumah En Aris untuk menyampaikan hajat Faizul menjemput En.Aris mai kenduri kawin. Almalang, kad kawin sebelah lelaki xsiap lagi, terpaksa la Faizul bagi kad kawin sebelah perempuan dulu.

On the way, terpikiaq pulak macam segan nak singgah sebab tak dak kad kenduri lagi kan, so we make decision just nak survey rumah je la kat mana. Merempit dalam sejam jugak la, bila nak dekat Asaq, sampai la kami kat depan rumah En.Aris. Time tu xtau lagi rumah yang mana satu, dok ikut guide dari Kerk, kata rumah dekat surau. Takpa, kami pun tumpang berteduh jap kat bawah pohon rimbun.

Dok tak sampai seminit, azan pun kedengaran, terdengaq la tup tap tup tap orang dok berjalan nak pi surau. Tengok2 gaya, sah, En.Aris. Mampoih dok mai, memang tak bleh nak buat penyamaran berkesan dah, pokok kt tepi tu kecik besaq rumput ja, terpaksa la jugak terjah En.Aris dengan selambanya. En.Aris macam biasa la, dengan ayat wajib dia,

"Hantu betui hangpa, awat mai tak habaq dulu, ni hangpa nak mentekedarah apa satgi kat rumah ni?"

"Tak pa Cik, kami dua orang size ulat lidi ja, tak luak pun aih.. miahaha.."

Yang ayat first tu hampir betul, ayat second tu, sah-sah memang ranjau tahap gaban. Dah terserempak dengan En.Aris tu, kitorang apa lagi, escot dia la buat perlahan jalan sama-sama pi surau. Haha, rest, kiri.... kanan... kiri....

After je solat Asar, apa lagi, dengan penuh paksaan, terpaksa jugak la terjah rumah En.Aris. Kalau nak lari pun memang dah tak sempat. Masuk la kami 2 orang ke dalam rumah.

"Eh, Cik. Nak pi mana pulak tu, kami baru masuk, takkan Cik dah nak keluaq pulak?"

"Hangpa ni, dok la sat. Tu la, dok buat ghoplah mai tak mau nak habaq. Ni taktau nak jamu hangpa makan apa. Sat saya pi beli kuih kat kedai depan tu, dekat saja, hangpa dok sat no.."

Tup tap tup tap..

"Pergh, banyak sangat ni Cik. Kang tak abis pulak.."

"Hangpa jangan dok buat malu, tu la mai xmau bagitau, kalau dak, call la dulu. Nasib baik kedai kat depan tu bukak. Ha, makan jangan tak makan.."

Kitorang apa lagi, terus la makan sampai kembung perut. Siap licin lagi pinggan rumah Cik tu, tak payah susah2 nak basuh dah. Haha. Siot Faizul, aku pulak jadi mangsa keadaan. Kahkah.

"Hakim ni dok buat malu pulak, dok buat macam tak kenai, serupa mana2.."

"Ha, Hakim, makan jangan tak makan.. lagi tak abis, lagi tu hangpa tak boleh balik.."

Makan punya dok makan punya dok makan (selang seli dengan sembang kenangan lama la, haha), tup tap, aku pandang Faizul, Faizul dok tengok aku, memang tak bleh nak berhenti melayan En.Aris bercerita. Dalam tak sedaq, berkumandanglah azan Maghrib memecahkan kesyahduan senja.

"Cik, lepas sembahyang ni, kami beralah dulu la noh, terima kasih banyak la Cik, susah-susah ja"

Abis je solat Maghrib, terus merempit balik rumah.

Berita habis.